Assalamua'laikum,
'NUR HOMESTAY' yang beralamat di no 7, Jalan Chepor Indah 24, Chepor Indah, 31200 mengucapkan selamat datang ke negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Yang terdiri pelbagai kaum yang kaya dengan keramahan penduduk dan cara hidup yang maju serta makmur
Jika anda mencari tempat untuk singgah, 'NUR HOMESTAY' - Rumah Rehat yang sedia menanti kunjungan anda. 'NUR HOMESTAY' yang membolehkan anda seolah tinggal bersama penduduk setempat dan merasa kehidupan yang damai bersama mereka di Chepor Indah yang memberi peluang anda berkunjung ke tempat rekreasi air terjun yang sejuk dan nyaman untuk mendapat ketenangan bersama keluarga.
Rumah banglow setingkat ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga , 1 dapur dan stor dilengkapi bilik berhawa dingin di ruang famili dan bilik utama. Halaman berumput yang sederhana luas boleh memuat 2 buah kereta dengan selesa.
Kedudukan 'NUR HOMESTAY' berdekatan dengan jalan besar dan bertentangan dengan gerai buah-buahan yang segar terus dari kebun yang popular di Chemor dan 15 minit ke Pusat Bandar untuk berkunjung ke supermarket, gerbang malam /memory lane terbesar dan lain-lain tempat di Bandar Ipoh.
Sesuai untuk keluarga yang besar dan juga mencukupi sehingga 2 - 3 keluarga kecil yang ingin bercuti, berkumpul atau menerima tetamu untuk sebarang majlis di Perak khasnya Bandar Ipoh dan persekitarannya.
Wassallam …semoga anda semua berbahagia di samping keluarga tersayang !!!!
Maimon binti Said
No comments:
Post a Comment